Terkini

Pengecualian fi lesen kepada pengusaha pelancongan, pemandu pelancong dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen serta lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 1 Jan hingga 30 Jun 2021.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu bagi membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pelanjutan pengecualian fi itu turut diberikan kepada pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 1 Jan sehingga 30 Jun 2021.

“Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati.

“Kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Inisiatif Pelanjutan Pengecualian Fi ini layak dinikmati oleh semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh MOTAC dalam melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.

Mei lepas, MOTAC bersetuju memberi pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 17 Mac 2020 sehingga 31 Dis 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: