Sukan

Todak lancar kursus asas Mobile Legends: Bang Bang

Kuala Lumpur – Jenama e-sukan terkemuka Malaysia, Todak, membawa misi yang lebih besar dan kemasan perancangan lebih agresif dengan melancarkan kursus atas talian secara percuma kepada penggemar sukan alaf baharu yang berminat menjadi pemain profesional.

Selama 3 tahun penglibatan dalam industri, Todak telah melibatkan diri dengan aktif dalam perkembangan E-Sukan di Malaysia. Kejayaan pasukan “Todak Mobile Legends: Bang Bang” yang telah merangkul tempat ketiga di kejohanan dunia M1 pada tahun 2019 menjadi pemangkin kepada penglibatan akan datang.

Bagi menyertai kursus yang ditawarkan, setiap peserta yang berminat hanya perlu berdaftar dan 30 modul kursus yang merangkumi arena permainan Mobile Legends:Bang Bang akan diberikan secara atas talian dengan bimbingan daripada pemain Todak Mobile Legends yang bertanding di Kejohanan Dunia M2 di Singapura, bulan depan.

Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang merupakan panduan yang lengkap bagi setiap pemain baru ataupun sedia ada yang ingin memahami asas permainan tersebut dengan lebih mendalam.

Kursus ini akan diajar sendiri oleh para pemain Todak Mobile Legends yang bakal bertanding di Kejohanan Dunia M2 di Singapura pada Januari tahun hadapan.

Selain itu, setiap perincian di dalam permainan ini akan diterangkan secara teliti oleh setiap pemain yang mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.

Pengurus Perkembangan e-sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto berkata kursus ini diberikan secara percuma kerana ingin menjemput lebih ramai pemain di luar sana untuk bermain secara profesional.

“Dengan wujudnya lebih ramai pemain yang mungkin mempunyai bakat terpendam, arena e-sukan bagi Mobile Legends: Bang Bang secara khususya akan menjadi lebih meriah” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai E-bengkel ini, anda bolehlah layari laman media sosial Todak: Facebook: @todakofficial dan Instagram: @todakofficial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: