Terkini

MCMC kaji pelaksanaan ‘Fixed Number Portability’

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjemput semua pihak untuk memberikan maklum balas berkenaan kajian pelaksanaan Fixed Number Portability (FNP) yang sedang dijalankan dan berakhir 1 Mac tahun hadapan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan FNP membolehkan pengguna mengekalkan nombor talian tetap sekiranya hendak bertukar kepada pembekal perkhidmatan baharu, bertukar jenis perkhidmatan atau berpindah ke lokasi baharu.

“FNP dijangka memberi lebih banyak manfaat dan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.

“Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada persaingan yang lebih sihat berdasarkan kualiti perkhidmatan, pakej perkhidmatan dan harga yang berpatutan dalam kalangan pembekal perkhidmatan telekomunikasi,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, MCMC yang sedang menjalankan rundingan awam berhubung kajian berkenaan mengharapkan maklum balas daripada semua pihak agar dapat membantu suruhanjaya itu merangka pelan tindakan yang bersesuaian bagi menjayakan pelaksanaan FNP di Malaysia.

Maklum balas boleh diberikan menerusi e-mel neamd@mcmc.gov.my dan maklumat lanjut berkenaan kertas rundingan awam itu boleh didapati melalui pautan  https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Consultation-PaperImplementation-of-FNP-in-Malaysia.pdf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: