Terkini

KKM, Pfizer meterai perjanjian vaksin Covid-19

SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia diwakili Kementerian Kesihatan pada Isnin telah menandatangani perjanjian bagi pembekalan vaksin Covid-19 Pfizer di negara ini.

Menerusi satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan, majlis menandatangani perjanjian berkenaan dimeterai secara virtual oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi pihak kerajaan manakala Pfizer diwakili Pengurus Negara (Malaysia/Brunei), Luksanawan Thangpaibool.

Tambah kenyataan itu, perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari hadapan.

“Meliputi 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.

“Perjanjian yang dimeterai pada hari ini adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 25 juta dos.

Katanya, ia meliputi 39 peratus populasi penduduk negara ini dan akan diterima sepanjang tahun 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: