Terkini

Pejabat PM nafi Muhyiddin akan jalani rawatan kanser, lantik TPM

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialaminya selain pelantikan seorang timbalan perdana menteri adalah tidak benar dan berniat jahat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Muhyiddin telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawatnya.

Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan khabar angin yang menyatakan bahawa akan ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar.

Sebelum ini, terdapat portal berita melaporkan ada anggota kabinet dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi ruang kepada Muhyiddin untuk menjalani rawatan di Singapura. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: