Gaya Hidup

KITKAT rai tahun baru dengan pelancaran KITKAT Gold

Kuala Lumpur – Setiap kali tibanya Tahun Baharu, rata-rata orang menyambutnya denganpenuh rasa girang sambil mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya iaitu KITKAT Gold.

KITKAT Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya. Ia dibungkus dengan pek emas sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama sahabat-handai dan orang yang tersayang.

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata: “Musim perayaan adalah satu detik istimewa untuk diraikan dan beristirehat bersama orang tersayang. Daripada saling bertukar hadiah sehinggalah ke berkongsikan nikmat sekotak coklat, segalanya adalah mengenai saat indah dapat bertemu semula dan menghabiskan masa bersama. Untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu, KITKAT mengambil kesempatan untuk melancarkan KITKAT Gold, kepingan coklat, mentega dan kacang yang hebat untuk dikongsi sebagai hadiah ibarat emas sesama rakan dan keluarga tersayang.”

Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Bagi memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh ‘Ong’ dengan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung dari 8 Januari hingga28 Februari 2021. Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:

•HADIAH UTAMA-KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT–8x pemenang

•Hadiah Pertama-RM8,888–10x pemenang

•Hadiah Istimewa-RM888–12x pemenang

•HadiahMingguan-RM188–88x pemenang mingguan

Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:

Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8

Langkah 2 : Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi

Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas

Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Emas sentiasa dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada semua pengguna kami di seluruhMalaysia dan mudah-mudahan mereka akan mendapat permulaan yang baik pada tahun 2021dan seterusnya tuah datang berlimpah, sambil menikmati detik keemasan yang kami hasilkan khas untuk mereka.

“Selama ini, Nestlé Confectionery merupakan peneraju dalam kategori ini di mana kami sentiasa berubah dan membangunkan perisa dan pengalaman baharu dari tahun ke tahun agar dapat memenuhi kehendak selera pengguna-pengguna kami di samping mencipta trend baharu. Pasukan KITKAT yang bertungkus lumus menghasilkan barisan produk baharu ini telah melakukan satu tugas yang hebat dalam mencipta keseronokkan dan kudapan yang enak sambil mengekalkan intipati jenama ini!” ujar Aranols.

Susulan kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu,Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu’golden break’ dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihanWafer KITKAT.

Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Aiskrim, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Melalui inspirasi yang diperolehi daripada KITKAT Gold, kami mengambil kesempatan untuk mencipta satu ‘golden break’ yang lebih ‘cool’ agar penguna-pengguna kami betul-betul dapat mendinginkan diri daripada cuaca panas!

”Bersempena pelancaran dua produk ‘Gold’ baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: