Bisnes

Nour’s lancar produk kedua berasaskan coklat premium

Kuala Lumpur – NOUR’S secara rasminya melancarkan produk keduanya sebagai pembuka tahun baru 2021. Produk berasaskan coklat premium, kepingan kulit popiah dan pisang itu merupakan hasil kajian berdasarkan snek kegemaran rakyat Malaysia.

Pengasasnya, Faiz Hilmy menjelaskan produk kedua yang diberi nama Chedap ini adalah hasil permintaan dari pelanggannya yang meminta satu produk snek manis dengan isian coklat padat.

Dari situ, beliau dan rakan kongsinya melakukan kajian dan beberapa percubaan bagi mengeluarkan produk premium dengan harga berpatutan untuk memberi peluang setiap orang merasainya.

“Kami dah keluar dengan produk sulung iaitu snek kulit ayam Chickin dan alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan, produk kedua ini kami keluarkan atas permintaan para pelanggan juga yang menginginkan satu snek manis berasakan coklat.

“Snek Chedap ini menggunakan coklat jenis belgian dari jenama Callebaut dimana ia adalah kategori premium yang dicampur dengan kepingan kulit popiah rangup dan ditambah pisang salai yang kenyal” katanya.

Tambahnya lagi, struktur snek Chedap yang rangup,kenyal dan manis berlemak adalah gabungan yang pasti membuatkan sesiapa sahaja merasainya akan bertambah lagi

“Alhamdulillah, Chedap telah mula dipasarkan 1 Januari lalu dan kini mendapat respon positif dari para pelanggan, para ejen dan stokis juga sentiasa menambah stok setiap hari” katanya kepada Malaysianews TV.

Nours kini telah mula mengorak langkah dengan pemasaran di Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia. Mereka juga mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan dengan mendaftar sebagai ejen bagi produk Chickin dan Chedap.

Bagi yang berminat mengetahu lebih lanjut boleh layari laman facebook Nours atau whatsapp ke 017-3663978

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: