Terkini

Akta 355 bakal dipinda, hukuman lebih berat untuk LGBT

KOTA BHARU – Kerajaan bercadang untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata pendekatan itu juga diharap mampu memberi kesan kepada golongan berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk membuat pindaan daripada kadar hukuman sedia ada supaya hukuman itu lebih memberi kesan kepada mereka.

“Setakat ini di bawah Akta 355, hukuman yang dikenakan adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

“Pindaan itu perlu bagi menangani salah laku golongan berkenaan. Namun, buat masa ini, kita mengguna pakai enakmen sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Food Bank oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi agama dan penguatkuasa agama negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berkelakukan tidak sopan selain berpakaian kontra dengan jantina.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini bahawa maksiat daripada LGBT itu, kita tidak izinkan mereka berkelakukan seperti itu.

“Individu yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan juga diminta membuat laporan supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk proses pendakwaan.

“Untuk kes berkenaan, tumpuan kita lebih kepada Lembah Klang berbanding negeri lain seperti Kelantan kelihatan tidak begitu ketara,” katanya.

Dalam perkembangan lain ketika ditanya berhubung hasil siasatan perkahwinan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Katanya, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat lengkap berhubung isu berkenaan.

“Saya juga tidak pasti sama ada wanita berkenaan sudah pulang ke Malaysia atau sebaliknya.

“Namun, ketika kes ini kecoh, keluarga wanita berkenaan berusaha untuk membawa pulang segera wanita berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: