Gaya Hidup

Kediaman Hessa Presint 7 di Tiara Sendayan jadi Pilihan Untuk Keselesan dan Ketenangan

Tiara Sendayan, seindah nama begitulah dengan kawasan perumahan yang telah dibangunkan oleh pemaju Matrix Concepts Holdings Bhd. Persekitaran yang sangat cantik penuh kehijauan yang benar-benar memberi ketenangan. Jauh dari kesibukan kota, hutan batu yang sarat dengan kesibukan dunia. Apa yang kita mahukan setiap kali penat balik kerja, kita perlukan rumah yang selesa untuk berehat bersama keluarga. Sesuai dengan tagline Tiara Sendayan itu sendiri “Home Sweet Home”.

Mula dilancarkan pada tahun 2017, hampir ke semua rumah di dalam presint di Tiara Sendayan habis dijual dan kini sedang membuka jualan untuk Presint 7, Hessa. Untuk pengetahuan semua Tiara Sendayan meliputi kawasan seluas 295 ekar yang dibahagikan kepada sembilan presint termasuk premis komersial. Lokasinya juga agak strategik iaitu bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Tidak hairanlah Tiara Sendayan dibangunkan di kawasan yang dikelilingi pelbagai kemudahan tersedia.

Antara kemudahan awam seperti sekolah untuk anak-anak samada sekolah rendah mahupun menengah, Klinik Kesihatan Sendayan dan Masjid Sri Sendayan. Apa yang menarik kesemua kemudahan tersebut berada pada jarak tujuh kilometer dan kurang daripada itu.

Di Tiara Sendayan, kemudahan tersendiri telah tersedia seperti pusat hab komersial, Food Bazaar, pam minyak dan Central Park. Dibina seluas 12 ekar, Central Park dilengkapi dengan gelanggang futsal dan bola keranjang, taman permainan kanak- kanak, trek joging serta rumah pokok. Dengan adanya tasik dan kawasan lapang kehijauan menjadikan kawasan ini cantik untuk sesi fotografi. Bahkan pelbagai
aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga seperti bermain, berpiknik, jogging, berbasikal, laluan jalan kaki untuk kesihatan (refleksilogi track) dan sebagainya.  

Kesemua fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Tiara Sendayan benar-benar menyokong gaya hidup yang sihat. Persekitaran kondusif, cantik dengan fasiliti yang hebat antara tarikan utama pada mereka yang mencari kediaman yang sangat selesa memenuhi citarasa masyarakat hari ini.

Hessa Presint7 Tiara Sendayan Dibuka Untuk Jualan

Untuk Tahun 2021, Tiara Sendayan telah membuka jualan kediaman Hessa di presint 7. Ini merupakan projek kediaman yang kelapan dibina sebanyak 254 unit rumah teres dua tingkat (Double Storey Link Homes).

Pembangunan Hessa ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM485,999 dengan keluasan binaan dari 2,156 kaki persegi. Apa yang menarik rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Cukup luas dan selesa! Bagi mereka yang memiliki keluarga mahupun masih bujang yang suka mempunyai ruang besar didalam rumah pasti inginkan kediaman Hessa.

Hessa memperkenalkan rekabentuk rumah moden didalam kawasan kejiranan yang ideal dan kondusif. Dengan keluasan 12 ekar menempatkan fasiliti di Central Park dan Tiara Biz (kedai gaya hidup) memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan kediaman fasa Hessa.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di talian 1-800-88-2688 Layari laman web  www.tiarasendayan.com

Jangan lupa untuk ikuti sosial media Matrix Concepts
https://www.facebook.com/matrixconceptshomes 
https://www.instagram.com/matrix_concepts

#MatrixConcepts 

#TiaraSendayan 

#HESSA 

#HomeSweetHome 

#SelfSustainingTownship 

#AHomeforWellBeing 

#AHomeforWellLiving

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: