Terkini

Thaipusam: Tindakan tegas kepada yang ingkar SOP pergerakan pedati – KPN

KUALA LUMPUR – Pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam tidak merangkumi perarakan bersama atau berdiri memerhati oleh mana-mana individu atau kumpulan di sepanjang jalan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini.

Beliau berkata pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, di sini, dibenarkan dari jam 3 pagi hingga 6 pagi esok sebelum kembali ke kuil berkenaan dari Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves, Selangor, Jumaat ini.

Penganut Hindu di negara ini akan menyambut perayaan Thaipusam, Khamis ini.

“Adalah ditegaskan bahawa pergerakan pedati perlu patuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ketat iaitu pedati tidak boleh berhenti di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan, tiada sebarang peralatan gendang dan tiupan atau muzik dibenarkan.

“Tiada sebarang perniagaan dibenarkan sepanjang jalan antara Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniaswamy, kecuali yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, hanya 10 petugas sahaja dibenarkan mengiringi pergerakan pedati iaitu lima ahli jawatankuasa kuil dan lima petugas.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan tergas terhadap mana-mana individu yang ingkar SOP semasa pergerakan pedati tersebut.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai agar tidak berarak bersama pedati yang membawa arca Dewa Murugan mahupun menjadi penonton di pinggir jalan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: