Terkini

Agama melayu sesat, Ibu Yati ancam saman YDP Yadim

Kuala Lumpur – Bekas wartawan yang juga pemenang anugerah Kajai, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati menggesa Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memohon maaf kerana menuduhnya membawa ajaran sesat “agama Melayu”.

Wan Noor Hayati memberi tempoh tujuh hari kepada Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media berkaitan tohmahan dan fitnah ke atasnya.

“Tokoh Wartawan Rakyat yang juga pemilik akaun Facebook yang dikenali Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada YDP Yadim Nasruddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media berkaitan tohmahan dan fitnah ke atas Ibu Yati kononnya membawa ajaran sesat, menuduh membawa agama baru, membawa agama Melayu dan juga ajaran sesat Ibu Yati melalui kenyataan medianya.

“Kenyataan rasmi beliau telah disiarkan hampir semua media perdana dan media sosial pada 29 Jan 2021. Berdasarkan maklumat Facebook beliau yang juga merupakan seorang tokoh politik PAS, beliau telah menghasut, memfitnah, menghina dan menimbulkan kebencian awam serta menjatuhkan reputasi saya dan memberi imej negatif terhadap saya sebagai ‘Tokoh Wartawan Rakyat yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Tedahulu, orang ramai dinasihatkan supaya  tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu dikenali sebagai Ibu Yati.

Nasrudin berkata ajaran tersebut yang menggunakan lafaz syahadah di luar dari kebiasaan, adalah sesat.

“Makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutakhir ini.

“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu. Menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan aku Melayu sebanyak tujuh kali,” kata Nasruddin.

Dalam pada itu, Ibu Yati mendakwa antara fitnah Nasruddin terhadapnya ialah kononnya dia  melahirkan agama baru iaitu agama Melayu.

“Saya melakukan syahadah pelik Ila Ha Ila Ra Ila Ma dan disambungkan dengan pengakuan aku Melayu sebanyak 7 kali.

“Saya menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya saya dan lain-lain membawa Islam Melayu.

“Dia menggambarkan niat jahatnya terhadap saya dengan merancang tindakan penguatkuasaan terhadap saya. Sedangkan saya tidak dimaklumkan kesalahan atau ditangkap atau didakwa atas apa-apa kesalahan berkaitan agama Islam,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: