Terkini

Program suntikan vaksin Selangor percepat proses tingkat imuniti

SHAH ALAM – Rancangan pemberian vaksin Selangor membantu kerajaan persekutuan mempercepat proses suntikan untuk meningkatkan imuniti rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata program tersebut turut melibatkan warga asing yang menetap dan bekerja bersama rakyat tempatan sekitar Lembah Klang.

“Keputusan menyuntik pekerja asing bukan bermakna kita mengetepikan rakyat sendiri, apa guna jika warga tempatan kebal dijangkiti tetapi mereka pembawa virus.

“Bagaimanapun, kita mungkin kenakan sedikit caj kepada pekerja asing berbanding penduduk tempatan yang diberi secara percuma,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Program Agenda Awani bertajuk Strategi Selangor Perangi Lonjakan Kes Covid-19 malam tadi.

Pada 11 Januari, Amirudin memaklumkan Selangor bercadang membeli antara tiga hingga lima juta dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk tempatan dan asing.

Langkah tersebut disambut baik Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilihat mampu mengurangkan beban kerajaan untuk membekalkan vaksin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: