Terkini

Kerajaan digesa beri keutamaan vaksinasi kepada pesakit buah pinggang kronik

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberikan keutamaan vaksinasi COVID-19 kepada pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Kenyataan bersama Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Datuk Dr Zaki Morad, Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia Profesor Dr Abdul Halim Abdul Gafor dan Presiden Persatuan Transplantasi Malaysia Dr Rosnawati Yahya memaklumkan langkah itu akan mengurangkan kesesakan di pusat haemodialisis Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut mereka, langkah ini juga dijangka mengembalikan keadaan normal di pusat haemodialisis swasta dan yang berada di bawah program badan bukan kerajaan (NGO).

Kenyataan itu menyebut keutamaan hendaklah diberikan kepada pesakit yang menjalani rawatan haemodialisis dan dialisis peritoneal, pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang serta pesakit CKD tahap 3 dan 4 (pradialisis).

Mereka turut menzahirkan kebimbangan mengenai kesan jangkitan COVID-19 ke atas pesakit CKD terutama yang berada di tahap 5 dan menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Pengalaman di seluruh dunia menunjukkan bahawa kumpulan pesakit ini amat terdedah kepada komplikasi serius jangkitan COVID-19 dan terdapat kematian yang ketara dalam kalangan mereka yang dijangkiti.

‘’Begitu juga dengan peningkatan risiko terhadap pekerja penjagaan kesihatan yang merawat kesemua pesakit ini untuk dijangkiti disebabkan pertemuan yang kerap,” menurut kenyataan itu.

Mereka juga berkata kini terdapat kira-kira 50,000 pesakit yang memerlukan dialisis atau melakukan pemindahan buah pinggang dengan kebanyakan mereka menjalani rawatan haemodialisis.

Menurut kenyataan itu, kesemua pesakit mempunyai gangguan imuniti baik secara semula jadi akibat penyakit dihidapi atau disebabkan ubat-ubatan yang menjadikan mereka amat mudah terdedah kepada komplikasi.

Turut menjadi kebimbangan ialah kesan kewangan yang besar ke atas pesakit serta keluarganya, pekerja dan pengurusan pusat haemodiaisis terbabit jika jangkitan COVID-19 berlaku.

“Terdapat ujian saringan bagi virus itu yang perlu dilakukan, pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang perlu dipakai dan pusat haemodialisis yang terjejas juga perlu diisanitasi.

“Tekanan emosi ke atas pesakit dan pekerja jika pusat haemodialisis itu mempunyai individu yang dijangkiti tidak dapat dibayangkan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli nefrologi KKM dan unit haemodialisis mereka yang sudi menerima kebanyakan pesakit yang dijangkiti dari pusat haemodialisis swasta dan NGO,” kata mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: