Bisnes

KK Super Mart melengkapkan ekosistem pembayaran tanpa sentuhan dengan ShopeePay

Kuala Lumpur – KK Super Mart melengkapkan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan dompet mudah alih Shopee, ShopeePay.

Pengenalan ShopeePay merupakan pemangkin kepada KK Super Mart untuk menjadi rangkaian kedai serbaneka pertama yang menawarkan semua perkhidmatan pembayaran e-dompet terkemuka di kesemua 512 cawangan di seluruh negara.

“Misi kami adalah untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan kami. Selain daripada menambah bilangan cawangan di seluruh Malaysia, ia juga merangkumi perjalanan membeli-belah dari memilih produk hingga membuat pembayaran. Kami telah bergerak ke arah sistem tanpa tunai sejak tahun 2017 kerana semakin ramai rakyat Malaysia membawa wang tunai yang sedikit demi keselamatan. Oleh itu, kami amat teruja untuk menawarkan ShopeePay sebagai salah satu pilihan pembayaran tanpa tunai apabila pelanggan kami membeli barang keperluan mereka termasuk membayar bil,” kata Datuk Seri Dr K.K. Chai, pengasas KK Super Mart dan Pengerusi Eksekutif KK Group of Companies.


Penggunaan pembayaran tanpa sentuhan – e-dompet, kad kredit, debit serta prabayar juga menjadi pilihan orang ramai ketika penularan wabak Covid-19, tambah K.K. Chai. Ini juga didorong oleh inisiatif pihak kerajaan pada tahun 2020, e-Penjana, yang memberi insentif kepada para pengguna dengan kredit e-dompet bagi membantu pihak yang menghadapi masalah kewangan.


Untuk menandakan kerjasama dengan ShopeePay, pelanggan KK Super Mart akan menerima pulangan tunai sebanyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila mereka membayar dengan ShopeePay, setiap pengguna terhad kepada satu transaksi sehari.


Selain itu, sempena Jualan Tahun Baru Cinanya (CNY), pelanggan KK Super Mart akan menerima pulangan tunai sebanyak RM4 dengan perbelanjaan minimum RM10. Setiap pengguna dapat menerima maksimum tiga pulangan tunai sepanjang tempoh kempen yang berakhir pada 25 Mac 2021.


“Menawarkan ganjaran kepada pembeli KK Super Mart apabila mereka membayar dengan ShopeePay pasti akan membantu meningkatkan jualan di cawangan-cawangan kami. Kerjasama kami dengan ShopeePay akan mengukuhkan lagi imej jenama dan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan pelanggan yang akan memberikan kami kelebihan daya saing berbanding dengan pesaing kami,” kata K.K. Chai.


Menawarkan ShopeePay sebagai sebahagian daripada ekosistem pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu daripada banyak lagi pencapaian yang akan datang untuk KK Super Mart. Kedai serbaneka tersebut berkembang secara agresif ke seluruh Malaysia, dengan matlamat untuk membuka cawangan yang ke-600 pada akhir tahun 2021.

Ia juga akan memperkenalkan Aplikasi kesetiaannya yang akan membolehkan penggunanya
menikmati ganjaran setiap hari dan mendapatkan promosi terkini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: