Bisnes

LuLu Financial Holdings ambil alih 70.83% kepentingan NS Cashpoint Malaysia

Kuala Lumpur – Sebagai isyarat kepada peningkatan aktiviti penyatuan dan pengambilalihan dalam industri pembayaran global, LuLu Financial Holdings – sebuah syarikat pegangan terkemuka yang berpangkalan di UAE dengan pelaburan dalam perkhidmatan kewangan dan produk fintech di seluruh dunia, telah mengambil alih 70.83% kepentingan dalam NS Cashpoint sebuah syarikat pembayaran terkemuka Malaysia di rantau APAC.

Pengambilalihan ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik Lulu Financial Holdings untuk menyatukan kedudukannya di rantau Asia Pasifik dengan mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai hub terkemuka bagi industri pembayaran. NS Cashpoint pula akan dapat memanfaatkan kelebihan pengurusan rantaian nilai yang dibawakan oleh Lulu Financial Holdings. Syarikat UAE ini merupakan pelabur perkhidmatan & produk kewangan yang diiktiraf di negara-negara GCC, benua kecil India dan APAC.

Menyentuh tentang pengambilalihan, En. Adeeb Ahamed, MD, LuLu Financial Holdings berkata, “Kami berbesar hati dapat menambah pelaburan kami dalam NS Cashpoint. Syarikat ini kini muncul sebagai jenama utama dalam perkembangan perniagaan kami di rantau APAC. Malaysia merupakan pasaran keluar yang utama di Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan kepada beberapa koridor ekonomi yang bergantung pada ekonomi pengiriman wang. Menerusi perkongsian ini, kami berhasrat untuk memperkenalkan hasil daripada pelaburan global kami dalam teknologi dan kepakaran proses untuk mempelbagaikan lagi kualiti perkhidmatan kewangan yang ditawarkan di rantau ini.”

Industri kiriman wang Malaysia agak kukuh dan menyediakan perkhidmatan koridor India, Filipina, Indonesia, Vietnam & Bangladesh. Malaysia turut mencatatkan kiriman masuk yang tinggi dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Filipina, Arab Saudi, UK dan Singapura.

En. Ahamed seterusnya menambah bahawa dengan pengambilalihan ini, NS Cashpoint akan dapat memainkan peranan yang proaktif dalam pemulihan ekonomi rantau ini dan membawa perubahan bukan sahaja kepada perniagaan pengiriman malah pembayaran mata wang digital dan borong. “Sebagai sebuah syarikat pelaburan kewangan, kami mahu meningkatkan nilai pelaburan kami dengan mencipta penyelesaian moden yang berupaya memudahkan urusan kewangan pelanggan sedia ada dan pelanggan kami yang baharu. NSC boleh memanfaatkan kekuatan kami dalam bidang fintech untuk kelebihan mereka. Selain itu, kedudukan kami sebagai antara pemain utama mata wang borong di Timur Tengah boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan mata wang borong syarikat dan mengekalkan Malaysia sebagai hub penyumberan dan penjelasan mata wang di rantau ini.”

En. Jacob Varghese, CEO, NS Cashpoint, berpendapat bahawa langkah yang dilaksanakan oleh LuLu Financial Holdings memberi peluang kepada syarikatnya untuk meningkatkan keupayaan pematuhan, audit, pengawasan dan pelaporan. Beliau seterusnya menambah, “Gabungan sinergi daripada pengambilalihan ini akan membolehkan kami menawarkan pilihan perkhidmatan yang lebih meluas kepada pelanggan. Pada masa yang sama, sinergi ini akan menggerakkan kami untuk meningkatkan kecekapan operasi, meluaskan skop perniagaan dan meletakkan kami sebagai pemain serantau dan global yang kompetitif.”

En. Varghese juga berkata bahawa pelaburan syarikat pegangan dalam pendigitalan industri pembayaran merentas sempadan membolehkan pembayaran pada kos rendah serta lebih mudah diakses oleh para pengguna di lokasi-lokasi yang terpencil dan tiada perkhidmatan di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, NS Cashpoint akan memperkenalkan perkhidmatan yang baharu. Ini termasuklah pemindahan wang segera, pembayaran pantas untuk pelanggan B2B, kiriman dalam talian & mudah alih dan penyelesaian pengurusan pembayaran gaji. Syarikat juga akan turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai seperti kad berbilang mata wang, pembayaran bil utiliti, tambah nilai mudah alih dan sebagainya bagi memberikan NS Cashpoint akses pasaran yang lebih luas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: