Terkini

Bapa tiri kanak-kanak maut didera pernah didakwa cederakan isteri

Melaka – Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek yang kini direman tujuh hari pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.

“Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada arwah kanak-kanak yang meninggal dunia itu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Ibu kandung kanak-kanan berkenaan juga masih direman berkaitan kes terbabit bagi membantu siasatan polis.

Abdul Majid berkata, buat masa ini pihak polis masih lagi dalam proses melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun direman sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di Taman Krubong Jaya di sini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemukan dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di badan.

Jenazahnya dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: