KUALA LUMPUR– McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu baharu yang menarik dengan pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal.
Paduan rasa manis dan pedas mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam, dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.

“Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald’s untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami. Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut baharu, Pai Kastad Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel untuk melengkapkan hidangan mereka.

Sempena dengan pelancaran menu baharu ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah “Huat” sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei!
