Terkini

P.Pinang benarkan solat jemaah fardu dan Jumaat ikut keluasan masjid

GEORGE TOWN – Pulau Pinang membenarkan solat fardu dan solat Jumaat dengan kehadiran jemaah mengikut keluasan ruang masjid atau surau di negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata perkara itu merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) terkini di masjid dan surau di negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

“Bermula hari ini, solat fardu di masjid atau surau dibenarkan dengan kehadiran mengikut keluasan begitu juga dengan solat Jumaat dan ia (solat Jumaat) dengan minimum jemaah 40 orang, namun ia terbuka hanya untuk anak kariah, warga tempatan dan pemaustatin tetap sahaja yang berusia 12 hingga 70 tahun.

“Ruang solat untuk musafir, pemandu teksi atau pekerja e-hailing turut disediakan di masjid atau surau supaya mereka dapat menunaikan solat fardu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata laungan azan akan kembali kepada lafaz biasa yang sebelum ini laungan azan di masjid digantikan dengan lafaz azan disebut ‘sollu fi buyutikum’ (solatlah di rumah kamu).

Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata bagi solat jenazah dan urusan pengebumian, ia hanya dibenarkan kepada 30 orang sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga dan pihak yang menguruskan pengebumian dengan solat jenazah perlu dilakukan di petak yang disediakan manakala aktiviti menziarah kubur masih tidak dibenarkan. 

Katanya, majlis ilmu seperti kuliah maghrib, bacaan surah Yassin dan tahlil dibenarkan, namun ia hanya boleh dijalankan selepas solat maghrib hingga solat isyak sahaja.

“Bagi khutbah Jumaat pula, hanya khatib yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sahaja dibenarkan dan (khatib) perlu membaca teks yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) sahaja.

“Khutbah (Jumaat) perlu berlangsung dalam tempoh 10 minit…khatib jemputan tidak dibenarkan manakala untuk majlis ilmu, penceramah dari luar Pulau Pinang juga tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah di masjid atau surau di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang menangguhkan beberapa aktiviti di masjid dan surau negeri itu berikutan pelaksanaan PKP namun pada minggu lepas, solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan dengan maksimum 15 jemaah sahaja selain solat Jumaat pula antara 12 hingga 45 jemaah termasuk jawatankuasa kariah, pegawai masjid dan siak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: