Gaya Hidup

Petronas lancar filem web animasi ‘Yi Qi’ sempena TBC

KUALA LUMPUR – Petronas menyambut tahun 2021 dengan melancarkan filem web animasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Yi Qi, kisah yang melambangkan keberanian, harapan dan ketabahan yang perlu diterapkan bersama oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah negara, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata Yi Qi, yang bermaksud ‘bangkit bersama’ meneroka tema perpaduan, keberanian, harapan dan ketabahan melalui kehidupan sebuah kota mitos dan penduduknya yang unik.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berharap filem web itu dapat mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus memanfaatkan keberanian mereka dalam mencari permulaan dan kebangkitan baharu, di tengah-tengah tempoh sukar ini.

“Walaupun rentak kehidupan kita telah berubah dengan ketara sejak tahun lalu, kita tidak boleh lupa bahawa dalam diri kita terletak semangat yang lebih besar yang memberi kuasa kepada kita untuk mewujudkan rentak baru kita sendiri seperti kita menyesuaikan diri dengan normal baru,” katanya.

Kisah ini berkisar di tanah mitos yang penghuninya, Penari Tarian Singa, hidup harmoni dengan bergerak dan menari mengikut rentak irama dram di sebuah kota yang sibuk, menurut kenyataan itu.

Yi Qi, yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Petronas dan laman Facebook bermula hari ini, hasil inspirasi tarian singa tradisional Cina, kerana penari akan bangkit semula jika mereka tersilap langkah, kerana mereka diiringi paluan dram yang sentiasa menceriakan mereka. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: