Politik

ARMADA kerah akar umbi yakinkan rakyat terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) akan mengerahkan seluruh anggota peringkat akar umbi untuk berusaha meyakinkan seluruh rakyat Malaysia agar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh kerajaan, dan mendapatkan vaksin Covid-19 seawal mungkin.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan komitmen bahawa ARMADA akan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) yang dijadualkan bermula pada akhir bulan ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata usaha itu bertujuan memastikan rakyat memahami bahawa vaksin ini adalah untuk kepentingan semua, dan ia diberikan secara percuma secara berperingkat kepada rakyat.

“Walaupun kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan vaksinasi dan ia boleh diambil dengan rela hati, saya ingin menyeru rakyat Malaysia agar mempertimbangkan secara serius untuk mengambil suntikan vaksin, kerana Covid-19 ini amat mudah berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: