Terkini

Kemuka tuntutan palsu kepada Perkeso: SPRM tahan dua pengarah syarikat swasta

JOHOR BAHRU – Dua pengarah syarikat swasta ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 64 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Segamat pada 2 petang tadi bagi membantu siasatan.

SPRM memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya berkaitan bantuan yang telah disalurkan pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.

Sumber juga berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan agensi itu pada 8 malam.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: