Terkini

MAIS lancar sistem e-Faraid mudahkan umat Islam urus harta pusaka

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Sistem e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di negeri itu menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas secara dalam talian.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sebagai badan yang mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam.

“Sistem e-Faraid MAIS adalah satu sistem yang dibangunkan merangkumi penawaran perkhidmatan pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid dan pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus.

“Pelancaran e-Faraid MAIS disempurnakan Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerusi aplikasi Zoom Meeting di sini hari ini,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata e-Faraid MAIS merupakan sistem pertama seumpamanya dihasilkan Majlis Agama Islam Negeri melalui bidang kuasa yang diperuntuk di bawah Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Menariknya menerusi e-Faraid MAIS, pengguna dibekalkan dengan Kalkulator Pengiraan Faraid atau K-Faraid MAIS bertujuan mendidik masyarakat untuk memahami kaedah pengiraan dan pembahagian harta pusaka secara faraid.

“Bagi yang ingin menggunakan K-Faraid MAIS, hanya perlu memasukkan waris-waris seseorang si mati melalui senarai waris atau carta waris dan kemudian memasukkan jumlah nilaian harta-harta pusaka yang ditinggalkan si mati. Hasilnya, pengiraan akan memaparkan kadar bahagian waris-waris bersama jumlah harta melalui jadual pengiraan,” katanya.

Ahmad Shahir juga berkata menerusi e-Faraid MAIS, pengguna hanya perlu memilih perkhidmatan yang dikehendaki seperti Permohonan Penebusan, Permohonan Pusaka Tiada Waris, Permohonan Urus Pusaka dan Permohonan Pembelian.

“Melalui e-Faraid MAIS, MAIS akan melaksanakan pengurusan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada ahli waris,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: