Terkini

Tengku Permaisuri Selangor sumbang barangan keperluan harian untuk asnaf

SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyumbang barangan keperluan harian kepada golongan asnaf di Selangor.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di beberapa kawasan di negeri ini.

“Sumbangan baginda itu diserahkan kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia iaitu Setiausaha Kelab, Salawati Abd Rashid.

“Sumbangan itu akan diagihkan menerusi program jelajah bantuan kebajikan kelab berkenaan,” katanya di Facebook.

Majlis ringkas penyerahan barangan sumbangan itu diadakan di pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: