Terkini

Majikan dinasihat pastikan pekerja terima suntikan vaksin

KUALA LUMPUR – Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menasihatkan majikan supaya memastikan pekerja yang diberikan kemudahan penginapan di asrama menerima suntikan vaksin bagi mencegah Covid-19.

Dalam kenyataan media, presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata majikan perlu mempunyai perancangan yang betul supaya suntikan vaksin dan operasi syarikat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan mengenai tanggungjawab majikan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

“Majikan yang menggajikan pekerja tempatan dan asing termasuk pekerja asing tidak didokumentasikan perlu memastikan semua pekerja menerima suntikan vaksin atau risiko didenda di bawah Akta 446,” kata Syed Hussain.

Beliau berkata MEF menyokong cadangan agar semua pihak sama-sama bertanggungjawab memerangi penularan Covid-19.

“Semua ahli MEF sedar mengenai tanggungjawab mereka dan kami yakin mereka akan melaksanakan langkah pemvaksinan kepada pekerja seperti ditetapkan kerajaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: