Bisnes

Petronas gas bina saluran paip lebih RM500 juta di Pulau Indah

KUALA LUMPUR – Petronas Gas Bhd (PGB) meluluskan keputusan pelaburan akhir bagi pembinaan saluran paip gas lateral baharu bernilai RM541.07 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat infrastruktur gas dan utiliti itu berkata saluran paip tersebut adalah sepanjang kira-kira 42 kilometer dan akan menggunakan gas yang disalur daripada rangkaian saluran paip Peninsular Gas Utilisation (PGU) II sedia ada.

Ia berkata gas asli tersebut akan disalurkan ke loji jana kuasa turbin gas kitaran 1,200 megawatt di Pulau Indah, Selangor, yang memerlukan bekalan kira-kira 137 juta kaki padu standard, serta kepada industri yang berkaitan di sepanjang saluran paip itu.

“Projek ini dijangka selesai dan mula beroperasi pada suku pertama 2023,” kata PGB.

Syarikat itu berkata projek tersebut dikendalikan oleh perniagaan pengangkutan gas dan pengegasan semula sebagai sebahagian daripada pengembangan lateral PGU, yang dikawal selia di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

“IBR akan menentukan kos pemulihan projek menerusi tarif penghantaran saluran paip,” kata PGB, dan menambah ia akan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam daripada RHB Islamic Bank Bhd bagi membiayai kos projek tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: