Gaya Hidup

Wiko Y62 kini di pasaran Malaysia dengan harga RM299

Kuala Lumpur – Telefon mampu milik Wiko kini dinaik taraf dan diperkenal sebagai Wiko Y62. Walaupun kuasa dalamannya tidak berubah, ia menerima beberapa kemaskini besar. Paling utama, harganya kekal di bawah RM300.

Wiko Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Wiko Y62 dengan penjualan di Malaysia bermula dari 25 Februari 2021. Harga telefon ini cuma RM299 dan ia datang bersama jaminan selama 1-tahun serta pertukaran 1-ke-1 dalam masa 120 hari, jika bermasalah.

Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan – iaitu Dark Blue, Light Blue dan Mint.

Untuk spesifikasi, Wiko Y62 dilengkapi skrin bersaiz 6.1-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ + (720 x 1560 piksel). Seterusnya, ia juga menggunakan cip Mediatek Helio A20, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh. Sokongan dwi-sim 4G masih ada, tetapi kini kedua-duanya dari jenis nano.

Turut melengkapi peranti adalah kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, bluetooth 4.2, sambungan port mikro-USB, menjalankan Android 11 (Go Edition) dan sebagainya.

Telefon ini menjalankan sistem operasi Android 11 Go. Versi Go ini memerlukan kuasa yang rendah untuk dijalankan tetapi masih lancar. Ditambah lagi dengan penggunaan aplikasi Go lain yang rendah kuasa pemproses seperti Camera Go.

Naik taraf terbesar di Wiko Y62 adalah pada skrinnya. Ia kini menggunakan skrin LCD lebih besar, berukuran 6.1-inci dengan resolusi HD 720p. Pada Wiko Y61 dahulu, skrinnya hanya 5.99-inci dan resolusi 480p. Dengan bingkai lebih kecil di atas dan bawah skrin, membolehkan skrin lebih besar dimuatkan di badan lebih kecil dari Wiko Y61.

Bateri di dalam Wiko Y62 berkapasiti 3,000mah boleh tukar dan ia menggunakan pengecasan mikro-USB untuk menambah kuasa. Jek audio 3.5mm masih ada dan telefon ini datang bersama kepala pengecas serta fon telinga di dalam kotak. Tetapi tiada pengimbas capjari dipasang padanya.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Wiko Y62 iaitu biru gelap, biru cerah dan hijau. Ia boleh dibeli dari pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia, serta Stor Rasmi Wiko di Lazada dan Shopee.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar terbaru ini boleh didapati di laman produk Wiko Y62. Untuk berita dan promosi terkini tentang Wiko, ikuti Facebook Wiko Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: