Sukan

Al-Ikhsan Sport taja MUFC menerusi jenama AL

Kuala Lumpur – Al-Ikhsan Sdn Bhd dengan rasa bangga mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh AlIkhsan Sports dan dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993, dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.

MUFC yang dikenali dengan panggilan Hang Tuah, merupakan salah satu kelab yang memberikan saingan sengit pada setiap perlawanan mereka. Sejak penjenamaan semula yang dilakukan sejak 2014, Melaka united semakin konsisten dan mempunyai pengikut tegar mereka yang tersendiri.

Sesungguhnya Melaka United dijangkakan memberikan saingan yang kuat pada semua pasukan lain di Liga Super pada musim akan datang.

Jersi pada musim ini memberikan nafas yang baru dari segi warna yang dipilih. Pemilihan warna hijau fluoresen daripada hijau matang ini simbolik kepada revolusi pasukan ini yang berubah daripada Persatuan (Football Association) ke Kelab (Football Club).

Dari segi rekaan, unsur “pixel” digunakan untuk menyerlahkan konsep yang moden, dan tona warna hijau yang pelbagai merujuk kepada keharmonian rakyat melaka yang hidup berbilang bangsa dan budaya. Dari segi perinician pula, AL telah meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama. Teknologi terkini juga diterapkan dalam penghasilan jersi ini, kain polyester mikrofiber berprestasi tinggi dengan teknologi Smart Dry yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan si pemakai digunakan untuk penghasilan jersi.

Walau bagaimanapun, AL tetap meghasilkan jersi dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik Jersi terbaru MUFC boleh didapati dengan harga RM 99.00 di cawangan cawangan Al Ikhsan dan Football Republic mulai esok (1 Mac 2021) dan menerusi AlIkhsan.com mulai sekarang.

Dapatkan jersi anda pada hari ini tanpa berlengah lagi!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: