Terkini

Tiada sidang Parlimen pada 8 Mac

KUALA LUMPUR – Tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh beberapa media adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu “YDPA (Yang di-Pertuan Agong) boleh prorog, bubar dan panggil Parlimen pada yang tarikh difikirkan perlu oleh YDPA.”

“Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke-4.

“Perlu diingat juga notis daripada SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat) ke MP (ahli parlimen) saja adalah 28 hari,” jelas beliau menerusi hantaran akaum Twitternya malam ini.

Rabu lepas, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: