Terkini

Anak Selangor dipelawa mohon hadiah masuk universiti RM1,000

SHAH ALAM – Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah boleh memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 mulai esok.

Yayasan Selangor berkata pemohon mesti pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

“Selain lahir di Selangor, mereka pemastautin di Selangor lebih setahun juga boleh memohon. Syarat lain adalah warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi hpipt.selangor.gov.my mulai 1 Mac sehingga 31 Mac,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut yayasan, dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: