Terkini

Selangor pertimbang beri pelitup muka percuma lagi untuk pelajar

GOMBAK – Kerajaan Negeri meneliti keperluan menambah bekalan pelitup muka percuma kepada pelajar dan guru susulan pembukaan semula sesi persekolahan.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya akan berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan bahagian pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membincangkan perkara itu.

“Sebelum ini kita sudah edarkan lebih sejuta pelitup muka guna semula kepada pelajar termasuk guru tetapi mungkin habis digunakan semuanya.

“Jadi, saya akan lihat semula keperluan mencetak (pelitup muka) untuk kegunaan mereka,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pembukaan semula persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian khas pelitup muka percuma yang boleh diguna semula sebanyak sejuta keping kepada seluruh pelajar dan guru seluruh negeri.

Usaha itu bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang diwajibkan memberi anak-anak pelitup muka untuk ke sekolah bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: