Terkini

Yayasan Peneraju terus melahirkan World Prize Winner dalam peperiksaan CAT dan ACCA

KUALA LUMPUR – Penerima faedah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) yang mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di bawah program perakaunan profesional Yayasan Peneraju, terus muncul antara pelajar terbaik bukan
sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat dunia dalam peperiksaan profesional CAT dan ACCA baru-baru ini.

Inisiatif Yayasan Peneraju yang menumpukan pada pembangunan dan pengukuhan keupayaan bakat Bumiputera ke arah kelestarian yang lebih baik setakat ini telah melahirkan 2 Top Affiliates ACCA Malaysia dan 67 penerima anugerah ‘Prize Winners’ yang terdiri daripada 2 penerima ACCA Global Prize Winners, 28 ACCA Malaysia Prize Winners, 29 CAT Global Prize Winners dan 8 CAT Malaysia Prize Winners sejak program profesional tersebut diperkenalkan pada tahun 2012. Pencapaian ini menjadikan Yayasan Peneraju sebagai salah satu badan biasiswa terbesar yang menghasilkan penerima anugerah CAT dan ACCA di peringkat global dan tempatan dan jumlahnya diramal meningkat dalam beberapa bulan dan tahun akan datang.

Iffah binti Chek Peei

Iffah binti Chek Peei, 22, adalah pelajar tajaan Yayasan Peneraju terbaru yang muncul sebagai Top Affiliate di mana beliau berjaya menamatkan peperiksaan ACCA Disember 2020 pada percubaan kali pertama dan menduduki tempat ke-2 bagi anugerah Top Affiliate ACCA Malaysia baru-baru ini dan tempat ke-19 di dunia.

Beliau merupakan salah seorang calon yang telah memperoleh markah gabungan tertinggi untuk empat kertas profesional strategik ACCA iaitu Strategic Business Leader (SBL), Advanced Financial Management (SBR), Advanced Financial Management (AFM) dan Advanced Taxation (ATX).

Ketika ditanya mengenai pencapaiannya yang luar biasa itu, Iffah mengatakan bahawa falsafahnya adalah jangan mudah menyerah kalah dan bekerja keras. “Kejayaan tentu saja akan datang secara semula jadi, walaupun ia tidak semudah itu. Terus lakukan yang terbaik.

Walaupun kursus ACCA begitu mencabar dan memerlukan komitmen tinggi untuk lulus, ia pasti akan memberikan peluang pekerjaan yang lebih terjamin pada masa depan. Dengan tekad yang kuat, saya berjaya menamatkan pengajian tepat pada waktunya dan saya sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh Yayasan Peneraju dan Sunway TES yang begitu bersungguh-sungguh memastikan penerima faedah dilengkapi dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran insaniah yang sangat berguna apabila kami memulakan kerjaya profesional kelak.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program ACCA, nasihat saya adalah anda memerlukan disiplin dan keinginan yang kuat untuk belajar di bidang perakaunan supaya dapat berjaya dalam kursus ini,” tambahnya.

Anak kelahiran Melaka, Iffah, 22, dinobatkan sebagai penerima anugerah World Prize Winner untuk Foundations in Taxation” (FTX) pada bulan Jun 2018 dan pada bulan Mac 2020, beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Malaysia Prize Winner untuk Advanced Financial Management (AFM).

Pada peperiksaan Disember 2020, beberapa calon lain juga memperoleh pengiktirafanmembanggakan.

Nur Aniess Shamida binti Samsul Kamil

Nur Aniess Shamida binti Samsul Kamil, 20, Kedah, dinobatkan sebagai penerima anugerah CAT World Prize Winner untuk dua kertas iaitu Foundation in Taxation (FTX) dan Foundation in Financial Management (FFM) di mana beliau memperoleh 90 dan 93 markah untuk kedua-dua kertas tersebut.

Nur Amirul Harith bin Hishamuddin

Sementara itu, Nur Amirul Harith bin Hishamuddin, 20, Melaka, adalah penerima anugerah ACCA Malaysia Prize Winner untuk Taxation (TX) dengan 93 markah, sementara Aisy Afiqah binti Amran, 19, Selangor, adalah penerima anugerah CAT Malaysia Prize Winner untuk Management Information (MA1) dengan memperoleh 96 markah.

Aisy Afiqah binti Amran

Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju berkata, Yayasan Peneraju telah membiayai hampir 5,000 akauntan profesional Bumiputera untuk masa depan dan akan terus memberi peluang kepada lebih 10,000 akauntan profesional menjelang tahun 2025.

Setakat 1 Julai 2020, akauntan Bumiputera hanya merangkumi 9.17% atau 1,983 dari keseluruhan 21,631 akauntan profesional yang berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan usaha perlu ditingkatkan untuk menarik lebih ramai penyertaan bagi menggandakan bilangan akauntan profesional Bumiputera,” tambahnya.

Yayasan Peneraju merupakan satu inisiatif di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan TVET, profesional dan spesialis.

Meraikan ulangtahun ke-9 pada bulan Februari, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih dari 36,000 penerima faedah dari seluruh Malaysia melalui 276 program pembiayaannya, dengan agihan peruntukan sebanyak RM822 juta sepanjang tempoh sembilan tahun penubuhannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: