Politik

UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Biro Politik Bersatu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perkara itu malam tadi yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Surat yang dikeluarkan setelah mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu petang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, perkara itu juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: