Terkini

Penyertaan wanita catat kemajuan ketara – SUHAKAM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengakui terdapat kemajuan ketara penyertaan wanita dalam kerajaan, ekonomi dan politik.

Kemajuan ketara itu dilihat dalam sektor pendidikan dan latihan, penyertaan tenaga kerja dan ekonomi serta peningkatan taraf kesihatan dan perwakilan.

SUHAKAM dalam kenyataan hari ini, berkata ia dilihat melalui pelantikan lebih ramai wanita ke jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai awam (PLC).

Kenyataan itu berkata, peranan wanita sebagai penggubal undang-undang, hakim, pegawai kanan dan jawatan tertinggi dalam sektor kerajaan juga mencatatkan peningkatan.

Bagaimanapun, katanya, Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2020 melaporkan wanita mencatat skor terendah dengan lapan negeri mencatatkan skor di bawah paras kesaksamaan nasional bagi aspek penguasaan politik.

“Pandemik COVID-19 memburukkan lagi ketidaksamaan dan halangan sistemik sedia ada terhadap keterlibatan dan

kepemimpinan wanita.

“Ia juga membawa halangan baharu apabila wanita rentan menjadi mangsa peningkatan keganasan rumah tangga, hilang pekerjaan, tidak dibayar atau pengurangan gaji, kemiskinan dan ada antaranya mengalami kesukaran menyedia keperluan asas bagi keluarga di bawah jagaan mereka.

“Walaupun inisiatif sedang dijalankan kerajaan untuk memajukan hak asasi wanita harus dipuji dan mendatangkan kesan positif, masih terdapat jurang perlu ditangani bagi membolehkan mereka mendapat peluang saksama dengan lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, SUHAKAM turut mengingatkan kepentingan wanita untuk memiliki penyertaan saksama dan menyeluruh bagi jawatan pembuat keputusan di setiap aspek kehidupan.

Katanya, ia selari dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021, ‘Wanita dalam Kepemimpinan: Mencapai Masa Depan Saksama dalam Dunia COVID-19’ serta usaha ke arah pemulihan daripada pandemik itu.

“Setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasama bagi memperkasakan wanita mempertahankan hak dan meningkatkan potensi kepimpinan secara sepenuhnya dalam ketersediaan dan maklum balas pandemik.

“Ia terutamanya bagi mengintegrasikan perspektif wanita dalam formulasi, pelaksanaan dasar serta program pemulihan berkaitan,” katanya.

Mengulas lanjut, SUHAKAM menyeru kerajaan dan semua pihak berkepentingan untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 5.

“Ia dengan meningkatkan usaha memajukan kesaksamaan gender, menghapuskan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita serta mempromosi pemerkasaan wanita dalam semua bidang ke arah.

“Ia bagi memastikan kehidupan berkualiti, bukan sahaja bagi mereka yang terpinggir, malah untuk semua wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: