Terkini

Operasi bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat terawih dibenarkan

SHAH ALAM – Operasi bazar Ramadan dan solat terawih berjemaah di masjid pada Ramadan ini dibenarkan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) juga membenarkan aktiviti bazar Aidilfitri tertakluk pada SOP.

“Waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Dari sudut lokasi, jumlah gerai serta saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing,” katanya dalam sidang media situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

SOP perlu dipatuhi sepenuhnya ialah:

– Lokasi di kawasan terbuka
– Menyediakan laluan sehala pintu masuk dan keluar berbeza.
– Pendaftaran My Sejahtera di pintu masuk
– Kawalan jumlah pengunjung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: