Gaya Hidup

Fama Selangor sasar buka 40 pasar pra-Ramadan, Aidilfitri

SHAH ALAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor menyasarkan untuk membuka 40 buah Pasar Pra-Ramadan dan Pasar Pra-Aidilfitri di negeri itu yang meliputi kira-kira 80 peratus daripada pasar tani sedia ada.

Pengarah Fama Selangor Abdul Rashid Bahri berkata Pasar Pra-Ramadan akan dibuka sehari sebelum Ramadan manakala Pasar Pra-Aidilfitri akan beroperasi tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Fama akan memfokuskan produk persediaan untuk Ramadan dalam Pasar Pra-Ramadan nanti. Begitu juga Pasar Pra-Aidilfitri, yang mana usahawan Fama akan menjual barangan asas perayaan bagi sambutan hari raya,” katanya pada Pembukaan Pasar Tani ke-50 TTDI Jaya, dekat sini hari ini.

Abdul Rashid mengulas mengenai pengumuman kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara, semalam.

Katanya pengoperasian pasar tersebut akan berlandaskan tatacara operasi piawai (SOP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: