Terkini

Kerajaan tambah kategori dalam fasa kedua suntikan vaksin

SHAH ALAM – Kerajaan akan menambah kategori lain untuk penerima vaksin Covid-19 fasa kedua memandangkan kadar pendaftaran yang rendah.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata bagaimanapun warga emas, individu berisiko tinggi, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik disenaraikan dalam fasa tersebut sebelum ini masih menjadi keutamaan.

“Kategori petugas barisan hadapan ekonomi dan kumpulan lain yang telah dipersetujui akan dimasukkan dalam senarai penerima fasa kedua memandangkan pendaftaran golongan sasar masih tidak sepenuhnya.

“Isnin nanti saya akan umum beberapa kumpulan yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin sebagai penerima tambahan dalam fasa ini,” kata Khairy Jamaluddin.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di Dewan Annex di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyasarkan suntikan terhadap kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April depan.

Fasa kedua imunisasi menggunakan Pfizer-BioNTech dan Sinovac dijadualkan bermula April hingga Ogos dengan melibatkan kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa ketiga pada Mei hingga Februari tahun depan untuk 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: