Politik

Afdlin Shauki pilih sertai PKR

Kuala Lumpur – Penghibur popular tanah air Afdlin Shauki menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.

Afdlin dipetik Astro Awani berkata semangat kental Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

“Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin.

Selain Afdlin, penyanyi Altimet juga dispekulasi akan menyertai PKR, lapor Astro Awani lagi.

Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai PKR atas kemahuannya sendiri walaupun dia pernah bersama wadah politik Umno.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. 

“Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. 

“Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: