Gaya Hidup

Realme Narzo 30A, telefon pintar gaming harga ekonomi

Petaling Jaya – Realme Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan 4 produk baru mereka untuk bulan April 2021. Tiga darinya adalah aksesori untuk peminat game di telefon pintar dan satu lagi adalah telefon pintar baru.

Kesemua produk yang diumumkan ini akan mula dijual pada 4 April 2021 dan Realme Malaysia menawarkan harga pengenalan istimewa hanya pada hari pertama jualan.

Realme Narzo 30A

Narzo adalah siri gaming yang dilancarkan Realme tahun lepas. Tetapi telefon pintar ini bukanlah model serba baharu. Ia sebenarnya hanya diubahsuai sedikit dari Realme Narzo 20 yang dilancarkan tahun lepas.

Antara persamaannya ialah ia menggunakan cip Mediatek Helio G85, bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan dalaman 64GB. Terdapat tiga slot kad padanya dan ia menerima dua kad sim nano bersama satu kad mikroSD serentak.

Bateri yang besar juga masih ada, berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Kabel dan pengecas turut diberikan di dalam kotak.

Skrin juga tidak berubah, seluas 6.5-inci dengan resolusi HD 720p. Ia juga bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP. Pengimbas capjari dipasang di belakang badan.

Satu perkara berbeza berbanding Realme Narzo 20 adalah kekurangan kamera belakang. Realme Narzo 30A hanya ada dua kamera belakang, menggabungkan kamera utama 13MP F2.2 dan kamera hitam putih 2MP.

Realme turut memberikan kemasan yang sedikit berbeza di belakang Narzo 30A. Ia memiliki kemasan berombak dan datang dalam dua pilihan warna, biru laser atau hitam laser.

Secara ringkas, Narzo 30A macam turun taraf dari Narzo 20, di bahagian kamera. Sebab itu, harganya juga sedikit rendah. Realme Narzo 30A dijual di Malaysia pada harga RM599, bermula dari 4 April 2021.

Tetapi khas di hari pertama jualan iaitu 4 April 2021, ia boleh dibeli dengan diskaun RM100, menjadi RM499 sahaja. Tawaran ini hanya terdapat di Stor Rasmi Realme di Shopee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: