Terkini

Saya minta UMNO ganti dari perkataan menolak kepada berunding dengan PN – Shahidan

Petaling Jaya – Walaupun UMNO sudah membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO Perlis menegaskan akan terus ‘berkawan’ dengan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya mengambil pendekatan berkawan berbanding bermusuh dengan BERSATU seperti naratif yang dibawa oleh sebahagian rakan-rakan seperjuangannya dalam parti itu.

Menurut beliau, tindakan itu jelasnya, tidak bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sebaliknya berpegang kepada keputusan parti itu.

“Yang saya nak bawa ke Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, keputusan MKT itu kita pegang itu, cuma saya minta perkataan menolak itu diganti dengan perkataan berunding dengan kerajaan PN.

“Bila kita bertanding dalam PRU15, PN tidak bertanding dan di Perlis semua (kerusi) kita bertanding,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) memberitahu UMNO Perlis akan terus bekerjasama dengan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu.

Beliau berkata, keputusan yang telah dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hanya untuk memutuskan kerjasama apabila PRU15 dan tidak timbul isu memutuskan kerjasama sekarang.

“Sebagai Pengerusi PNBBC, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan kita ada UMNO, BERSATU, PAS, GPS, STAR dan Ahli Parlimen bebas. Semua ini rakan kongsi PN.

“Saya ingin maklumkan bahawa kita akan terus bekerjasama dengan semua parti dalam PN. UMNO ada 42 kerusi, BERSATU 18 kerusi, GPS 18 kerusi, dan lain-lain. Kita akan terus bekerjasama walaupun kita ada orang (parti) baharu menyertai kita,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau memaklumkan akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan PN sehingga PRU15.

“Saya akan beri perkhidmatan sebaiknya, apa pun keputusan UMNO, ia masa pilihan raya bukan sekarang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO perlu membuka pintu rundingan dengan Bersatu agar Barisan Nasional (BN) dapat menang dalam PRU15 kelak.

“Sekarang kita kawasan Parlimen BN menang 57 kerusi, kita nak menang lagi 30 hingga 40 kerusi. Yang menang kena jaga, kalau tidak jaga nanti kita rugi, UMNO perlis kita menang dua daripada tiga Parlimen,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: