Terkini

MOU Antara Lembaga Teknologis Malaysia Dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi menjalinkan kerjasama mengenai pembangunan bakat profesional dengan mengiktiraf Teknologis dan Juruteknik dalam pelbagai bidang Teknologi dan Teknikal yang berkaitan bagi memantapkan kompetensi tenaga kerja dalam bidang tersebut.

Berpandukan teras ke-4 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia iaitu membangunkan bakat digital yang tangkas dan kompeten, MBOT memainkan peranan sebagai rakan kongsi strategik bagi memperkasa kualiti dan kemampuan tenaga kerja masa hadapan bermula dengan usahasama antara pemain industri, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar.

Mengulas mengenai memorandum persefahaman ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerjasama ini begitu signifikan kepada Yayasan Peneraju dan MBOT dalam menzahirkan komitmen untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian, khususnya bakat-bakat Bumiputera sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).

Majlis menandatangani MoU antara Yayasan Peneraju dan Lembaga Teknologis Malaysia Mewakili Yayasan Peneraju, Ketua Pegawai Eksekutif, Ts Mohd Muzzammil Ismail (kiri) manakala Lembaga Teknologis Malaysia diwakili oleh Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Presiden MBOT

“Ini bertepatan sekali dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) dan selaras dengan matlamat kerajaan memperkasakan modal insan Bumiputera dalam kerjaya yang kompetitif agar mereka dapat berdaya saing dalam industri berimpak tinggi”.

“Ketika Malaysia bergerak menuju status negara maju, ada keperluan untuk kita usaha bersama untuk mempercepat pembangunan modal insan kita untuk memenuhi kehendak negara maju dengan ekonomi yang matang dan lestari”, katanya.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Ts. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju dan Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah  Tapsir, Presiden MBOT dan majlis ini turut disaksikan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan Datuk Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kerjasama ini merupakan satu inisiatif untuk menggerakkan usaha membangunkan kapasiti modal insan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Kewujudan lebih ramai teknologis dan juruteknik yang profesional memberikan petanda yang baik sejajar dengan perkembangan dinamik industri teknologi dan trend semasa.

Sehingga kini, MBOT telah mendaftarkan 33,109 teknologis dan juruteknik dengan pendaftaran profesional sebanyak 8,489 Teknologis Profesional (Ts.) dan 830 Juruteknik Bertauliah (Tc.).

Yayasan Peneraju melihat kerjasama strategik dengan MBOT amat penting dalam merealisasi agenda nasional dalam menyediakan lebih banyak peluang kepada Bumiputera yang berjaya dalam kerjaya berasaskan teknologi agar mereka dapat menyumbang ke arah pembentukan tenaga kerja mahir terutama bakat Bumiputera ke potensi tertinggi dalam mendalami kepakaran teknologi.

Setakat ini Yayasan Peneraju telah melahirkan lebih 36,000 modal insan Bumiputera
menerusi pengkhususan program akademik, vokasional, profesional, teknologi dan
spesialis.

Mengenai Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768).

Peranan utama MBOT ialah untuk memberi pengiktirafan kepada Teknologis dan Juruteknik sebagai profesional. MBOT berfungsi sebagai badan profesional yang memperluas profesion berasaskan teknologi dan teknikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: