Politik

Keluar parti, KEADILAN tuntut RM10 juta dari Xavier

KUANTAN – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengemukakan surat tuntutan bagi menuntut Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar membayar RM10 juta setelah bertindak keluar daripada parti itu bulan lepas.

Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata surat berkenaan akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Xavier esok dan bekas naib presiden KEADILAN tersebut diberi masa sehingga tujuh hari untuk menyelesaikannya.

“Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui,” katanya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota 2020 di sini semalam.

Pada 13 Mac lepas, Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai naib presiden dan ahli KEADILAN selain menyokong blok kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Lee yang juga Ketua Cabang Indera Mahkota berkata mesyuarat semalam mengemukakan dua usul iaitu menolak sebarang kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selain calon Pilihan Raya Umum ke-15 cabang itu harus terdiri daripada penduduk tempatan.

-BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: