Politik

Hutang berpanjangan lambatkan fasa pulih ekonomi

SHAH ALAM – Ekonomi negara akan lebih parah sekiranya masalah hutang yang dihadapi tidak ditangani sebaiknya, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perdana menteri perlu segera mengarahkan pasukan ekonominya fikir strategi baharu bagi meringankan beban rakyat ketika ini.

“Sebilangan besar hutang itu adalah pinjaman perumahan dan kenderaan yang berpunca dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Hutang kad kredit juga mencanak naik dan berada pada tahap merungsingkan.

“Rakyat tidak ada banyak pilihan dalam mendepani masalah ini, dan situasi itu mengheret mereka membuat pinjaman baharu sekali gus terbeban dengan hutang berpanjangan,” kata Anwar dalam kenyataan di Facebook.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) juga melahirkan kebimbangan apabila unjuran positif dibuat Bank Negara berada pada tahap sangat tinggi.

“Angka terkini sebanyak 93.3 peratus. Angka lama iaitu 87.5 peratus yang ditetapkan pada Jun tahun lalu juga sudah keterlaluan tinggi.

“Justeru, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyarankan kita rencanakan dasar baharu bagi tangani masalah kesenjangan, kerana kita tahu beban kewangan saat ini memberi dampak yang cukup parah pada warga miskin dan tersisih,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: