Bisnes

KPDNHEP tawar 2 geran bantu B40, M40 buka francais

Putrajaya – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik bagi membantu golongan B40 dan M40 menjadi usahawan dalam bidang berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata program itu menyasarkan 30 usahawan francaisi dalam kalangan usahawan berkenaan dapat dibangunkan akhir tahun ini.

Katanya, sebanyak RM5 juta geran disediakan oleh pihaknya bagi membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,00 dan kebawah.

“Buat permulaan, KPDNHEP menyediakan dua geran yang mensasarkan keperluan francaisor dan pembangunan francaisi. Pertama ialah Geran Pakej Mikro atau Mampu Milik iaitu geran penuh yang ditawarkan kepada francaisor bagi tujuan penyediaan pakej permulaan francais mikro dan mampu milik.

“Pembiayaan geran ini merangkumi RM20,000 bagi kajian pasaran francais mikro dan mampu milik serta jumlah maksimum yang diberikan tidak melebihi RM100,000.

“Bagi geran kedua ialah Geran Pemudahcara Francais Mikro dan Francais Mampu Milik atau geran padanan yang boleh dinikmati oleh francaisi yang dikenalpasti.

“Geran kedua ini bertujuan utuk mengurangkan kos permulaan perniagaan francais yang ditanggung oleh usahawan B40 atau M40 dengan kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 90 peratus, manakala hanya 10 peratus ditanggung oleh usahawan (90:10),” katanya dalam sidang media khas mengenai geran berkenaan di premis Manhattan Fish Market, Alamanda, di sini, hari ini.

Alexander berkata, sebelum ini individu yang ingin membuka francais memerlukan modal yang besar iaitu sekitar RM500,000 hingga RM800,000 dan sudah tentu memberi bebanan kepada mereka.

“Jumlah yang dinyatakan itu untuk jenama terkemuka dan sebab itu modal yang diperlukan itu di luar daripada kemampuan kita. Jadi dengan adanya geran yang dilakukan ini, individu yang minat itu boleh memulakan perniagaan francais hanya dengan kadar RM100,000 ke bawah.

“KPDNHEP sudah jalinkan kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama dengan agensi serta kementerian lain. Disebabkan ini adalah bantuan yang julung kali diadakan, kita harap lebih ramai yang tampil bagi mendapatkan geran ini.

“Ini adalah perniagaan yang mudah diceburi oleh rakyat kerana kerajaan sangat prihatin untuk membantu golongan ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Hadir ke KPDNHEP atau lawati laman web rasmi kementerian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai geran berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: