Gaya Hidup

Anugerah Guru Inspirasi McDonald kembali untuk tahun kelima

Kuala Lumpur – Bagi menghormati dan menghargai jasa pendidik, Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia (McDonald’s) akan terus diadakan pada tahun ini. Anugerah ini yang diwujudkan sebagai menghormati dan menghargai jasa pendidik seluruh negara kini telah memasuki tahun yang ke-5.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, anugerah berkenaan diperkenalkan sempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun.

Menurut Azmir, anugerah itu pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017 dan menjangkakan jumlah penyertaan dalam kalangan guru akan bertambah pada tahun ini.

“Sepanjang empat tahun penganjuran anugerah ini, kami menemui pelbagai kisah guru yang mempunyai inspirasi tersendiri dan luar biasa.

“Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia berharap lebih banyak pencalonan daripada rakyat Malaysia diterima pada tahun ini. Pencalonan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 akan bermula pada 2 April hingga 18 April ini,” katanya.

Azmir berkata, pemenang AGI 2021 akan diumumkan pada 25 Mei 2021.

“Seramai 25 guru akan dipilih untuk menerima anugerah ini dan mereka yang memenangi anugerah ini akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

“Pencalon pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200,” katanya.

Beliau berkata, anugerah itu memberikan pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

Antara kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru-guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan lain dari yang lain, menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar, dan memberi impak positif kepada pelajar.

Penerima anugerah akan dipilih dengan teliti oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan pihak media.

Kongsi kisah inspirasi tentang guru luar biasa anda, sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina dan hantarkan pencalonan anda pada bila-bila masa pada 2 hingga 18 April 2021.

Calonkan guru luar biasa anda dengan tiga langkah mudah dan jadikan sambutan Hari Guru yang akan datang lebih bermakna bagi guru anda:-

Langkah 1 – Layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi
Langkah 2 – Hantar borang pencalonan dan ceritakan bagaimana guru anda telah memberi inspirasi kepada anda (dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin)
Langkah 3 – Lampirkan gambar guru untuk menyokong pencalonan anda



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: