Gaya Hidup

Siri DOGENGERS bawa adiwira Ohgaman pupuk kesedaran kesihatan

Putrajaya – Satu siri program rancangan kanak-kanak yang berkisarkan adiwira farmasi telah disiarkan bermula 3 April ini di TV2. Program itu menemui penonton sehingga 20 Jun 2021 pada setiap Sabtu jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang dan hari Ahad (siaran ulangan) jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Watak Ohgaman

Siri ini mengisahkan tentang Adiwira farmasi Ohgaman bersama para pendekar yang digelar DOGENGERS melawan persatuan penjahat rahsia diketuai oleh Yabai Kamen yang mana menentang keberkesanan dan kebaikan ubat serta menyebarkan analogi yang kurang baik.

Pengarah urusan Ohgaman Malaysia, Encik Razally Affandy berkata program ini bertujuan mendidik dan mengajar masyarakat terutamanya kanak-kanak serta warga emas tentang kepentingan pengambilan ubat dan penjagaan kesihatan diri yang betul. Ohgaman juga berperanan menunjukkan contoh tingkah laku yang baik supaya boleh dijadikan sebagai ikutan kepada kanak kanak.

Dari kiri; Pengarah urusan Ohgaman Malaysia, Razally Affandy

“Program ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa dalam memberi kesedaran pentingnya mengambil ubat yang betul dan tepat, bukan itu sahaja, ia juga mendidik para penonton perlunya penjagaan kesihatan yang baik”.

“Ia juga sebagai satu platform rancangan adiwira yang memberi mesej kesihatan kepada masyarakat yang dilihat berupaya menjadi contoh baik yang terus diingati” katanya.

Tambahya lagi, ia sejajar dengan pembukaan Ohga Pharmacy pertama di Malaysia yang dijadualkan pada bulan Jun 2021.

“Sebanyak 200 outlet Ohga Pharmacy akan dibuka di seluruh Malaysia dalam masa 3 tahun dan ianya merupakan konsep baharu kerana mengikuti konsep yang telah ada di Jepun.

“Farmasi ini juga dilengkapi kafe, barangan harian, kosmetik dan juga produk serta perkhidmatan farmaseutikal. Ini bermakna Ohga Pharmacy boleh dikunjungi pada setiap hari dan bukannya hanya untuk membeli ubat ubatan” ulasnya dalam satu sidang media.

Dalam masa sama, siri Ohgaman juga bakal diperkembangkan dengan ‘foot print’ oleh UIACO Merchandise Sdn Bhd dengan kerjasama Ohga Man Sdn Bhd dalam industri perfileman dengan memulakan kajian dan pengembangan (R&D) dengan memfokuskan reka bentuk, animasi, story boarding termasuk pemasaran bagi memberi peluang rakyat Malaysia yang berbakat dalam seni dan produksi bekongsi idea.

Selain itu, ia juga membuka ruang kepada para usahawan dalam reka cipta barang dagangan (merchandise) yang sesuai di lokasi dan komuniti mereka.

Dalam merancakkan industri animasi, Ohga Man juga bakal berkolabrasi bersama Upin Ipin dan perancangan ini bagi melebarkan pasaran global dengan gabungan dua watak figura Jepun-Malaysia tidak lama lagi.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Presiden Majlis Senator Malaysia, YB Datuk Seri Khairuddin Abd Samad, yang turut menyatakan kerjasama ini secara langsung memberi peluang kepada 6 juta ahli koperasi di Malaysia untuk menceburi pelbagai bentuk perniagaan yang disediakan oleh UIACO Holdings.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: