Terkini

Super kartel rokok seludup rosakkan ekonomi Malaysia

Kuala Lumpur – Kartel rokok seludup di dalam kalangan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia hendaklah dihentikan segera menerusi peningkatan operasi dan perubahan dasar, kata Dato’ Seri Akhbar Satar, Pengasas dan  Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan siri laporan yang mendakwa ‘kartel’ beroperasi dalam kalangan pelbagai agensi penguatkuasaan Malaysia. Kartel-kartel ini didakwa membantu pelbagai aktiviti jenayah daripada pengubahan wang haram sehinggalah kepada manipulasi tender projek.

Dato’ Seri Akhbar Satar, yang merupakan pemegang kursi profesor di Institut Jenayah dan Kriminologi, HELP University, berkata, “Pendedahan mengenai kewujudan kartel beroperasi di dalam agensi penguatkuasaan undang-undang kita sepatutnya menyedarkan kita semua dari lena. Ia jelas menunjukkan betapa mendalam dan teruknya penyusupan penjenayah ke dalam institusi awam yang sepatutnya menegakkan undang-undang dan keamanan.”

Dato’ Seri Akhbar Satar, Pengasas dan  Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia

Menurut Dato’ Seri Akhbar, apa yang diketahui orang ramai hanyalah sekelumit daripada permasalahan. “Kartel-kartel yang dibongkar itu secara relatifnya `ikan kecil’ berbanding kartel rokok seludup yang beroperasi di Malaysia. Bertahun-tahun lamanya kartel rokok seludup menjadi semakin berani dan telah mencipta modus operandi baharu untuk merasuah pegawai penguatkuasaan yang tiada etika bagi melindungi jejak mereka,” ujarnya.

“Sementara tidak semua pegawai penguatkuasaan boleh dibeli, kartel rokok seludup ini bersedia untuk melakukan apa sahaja, termasuk menggunakan ugutan, bagi mempengaruhi sesiapa sahaja untuk tunduk kepada kemahuan mereka.

Malaysia pada masa ini adalah No.1 di dunia untuk perdagangan rokok seludup, di mana enam daripada 10 rokok yang dijual di pasaran adalah produk haram. Negara kita kerugian lebih daripada RM5 bilion setahun dari segi hasil cukai yang hilang akibat penyeludupan rokok ini. Bayangkan jumlah keuntungan yang djana oleh keseluruhan eko-sistem rokok seludup di negara ini,” ujar beliau.

“Hasil daripada perdagangan haram ini diraih oleh kartel-kartel ini adalah lebih daripada cukup untuk melahirkan pula `super kartel’ yang membabitkan kebanyakan, jika tidak semua agensi penguatkuasaan. Mereka tidak aa masalah untuk melantik peguam mewakili mereka di mahkamah dan membayar denda jika mereka ditangkap menyeludup kontraban.

Super kartel ini diperlukan kerana kartel dagangan rokok seludup di Malaysa membabikan rantaian nilai yang sangat sofistikated, berskala besar dan mendalam, yang merangkumi pengilangan antarabangsa, import, pengangkutan, gudang simpanan, pengedaran, peruncitan, dan malah eksport,” kata beliau.   

Dari segi penyelesaian untuk menangani super kartel rokok seludup, Dato’ Seri Akhbar mncadangkan supaya dimulakan dengan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) semua agensi penguatkuasaan.

“Sistem penggiliran kakitangan yang berkesan seharusnya wujud di kawasan rasuah tinggi seperti Pelabuhan, lapangan terbang dan sempadan darat. Adalah penting untuk memastikan bahawa individu yang ditugaskan memikul tugas khusus itu adalah benar-benar jujur bagi menguatkuasakan undang-undang. Mereka seharusnya dipantau secara berterusan.

Selain itu, kajian semul secara mendalam ke atas rantaian pembekalan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkapalan, agen forwarding, agen kastam, pengimport hendaklah dilakukan bagi memastikan titik kelemahan dapat diperketatkan dan menghalang peluang untuk salah guna.”

Beliau berkata, “Malah, program pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan mengingatkan semua lapisan rakyat mengenai masalah rasuah, hendaklah dilaksanakan. 

“Kerajaan juga seharusnya melihat kepada kaedah menambah baik kemudahan denan teknologi canggih seperti pengimbas paling terkini dan CCTV di tempat keluar masuk yang disyaki. Persekitaran kerja yang baik, akan menambah baik produktiviti,” ujarnya.

Dato’ Seri Akhbar juga berkata, turut sama penting bagi menangani permasalahan akar umbi yang menyemarakkan perluasan rokok seludup di Malaysia dari perspektif polisi. “Polisi-polisi yang memperkasa agensi penguatkuasaan kita, mengalakkan pegawai melaksanakan tugas mereka dengan bermaruah dan tanpa takut dan menghalang petualang daripada perspektif risiko keuntunan hendaklah dipertimbangkan bagi melawan super cartel ini.”     

“Malaysia tidak mampu kehilangan satu sen lagi kerana kita memerlukan duit untuk memulihkan negara daripada situasi ekonomi semasa. Lagi pun, dengan sekadar persepsi wujud super kartel beroperasi di negara kita, akan mengurangkan hasrat negara luar dan syarikat asing untuk berdagang dengan Malaysia,” ujar Dato’ Seri Akhbar concluded. 

Pada Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengumumkan bahawa polis telah membongkar rangkaian penipuan berbilion ringgit diketuai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dengan penahanan 68 orang yang disyaki, termasuk dua bergelar Datuk Seri dan enam Datuk. KPN berkata, seramai 34 pegawai dari agensi penguatkuasaan seperti polis disyaki berkomplot dengan sindiket tersebut.

Awal bulan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematahkan kartel tender projek dengan penahanan tujuh individu, termasuk ketua kumpulan. Mereka didakwa memonopoli lebih 354 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara, bernilai RM3.8 bilion.

Mengenai Dato’ Seri Akhbar Satar

Dato’ Seri Akhbar Satar yang berasal dari Kelantan, merupakan ahli kriminalogis, penganalisis jenayah dan bekas pembanteras rasuah di SPRM.

Bekas presiden Transparency International Malaysia, beliau kini adalah presiden Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia dan pemegang kursi profesor di Institut Jenayah dan Kriminologi (ICC), HELP University.

Dengan lebih 37 tahun pengalaman menyiasat, beliau sudah menulis banyak buku dan berceramah mengenai penipuan, rasuah, etika, integrity dan pengesanan penipuan pada seminar dan konvensyen di dalam dan luar negara.

Beliau juga adalah anggota Lembaga Penasihat Anti-Rasuah SPRM, anggota Jawatankuasa Siasatan Pembelian Tadbir Urus dan Kewangan Kerajaan, Institut Integriti Malaysia, American Polygraph Association, American Society of Criminology, International Association of Crime Analysts dan ahli bersekutu Asian Institute of Chartered Bankers.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: