Terkini

Hujan, ribut petir fenomena biasa dalam tempoh peralihan monsun – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Cuaca buruk yang melanda terutama di sebelah petang kini bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan negara kini berdepan dengan tempoh peralihan monsun.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Simon memaklumkan, situasi itu dijangka akan berlaku sehingga pertengahan Mei depan.

“Berdasarkan model ramalan dan analisis, kami jangkakan ada lagi cuaca buruk seperti ini dalam beberapa hari ini.

“Tetapi kami jangkakan ia akan baik minggu depan untuk tempoh seminggu, dan mungkin cuaca akan kembali buruk selepas itu sebelum menjadi semakin baik menjelang pertengahan Mei apabila Monsun Barat Daya bermula,” katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.

Jailan juga tidak melihat situasi semasa sebagai cuaca ekstrem memandangkan ia fenomena biasa setiap tahun.”Nak kata ekstrem tidak boleh juga kerana ia berlaku setiap tahun. Bulan April memang akan berlaku hujan dan ribut petir.

“Cuma adakalanya berlaku ribut petir yang lebih kuat daripada biasa dan ini agak sukar untuk dijangka. Tetapi bagi kami yang memantau cuaca, kami masih anggap ia normal dan berlaku setiap tahun,” ujarnya.

Peralihan monsun bermula 16 Mac lalu membawa hujan lebat dan ribut petir kuat di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung sejak beberapa hari ini, dengan beberapa kejadian pokok tumbang dan khemah di bazar Ramadan diterbangkan angin kuat di Lembah Klang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: