Terkini

FINAS bantu graduan cari kerja

KUALA LUMPUR: Bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam industri perfileman dan isu graduan seni kreatif menganggur, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merangka kaedah memantapkan pasaran tenaga kerja melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid, berkata inisiatif itu diambil berikutan sejak Jun tahun lalu, FINAS memberi 215 tawaran kerja dalam bidang pembikinan telefilem, drama bersiri dan dokumentari.

“Kerancakan tawaran kerja pembikinan filem dan drama termasuk dari stesen televisyen (TV) kerajaan, swasta serta pembikin filem persendirian menyebabkan permintaan tenaga kerja melebihi bekalan sedia ada.

“Ini dilihat sama ada dalam kalangan pelakon atau petugas belakang kamera,” katanya.

Zakaria berkata, inisiatif itu bertujuan mencari formula dan merangka strategi memudahkan pembabitan graduan seni kreatif tempatan menganggur untuk menyertai pasaran tenaga kerja dalam industri perfileman negara.

“Sesi libat urus itu juga membabitkan persatuan perfileman seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zakaria berkata, tidak lama lagi, 65 tawaran bakal diagihkan kepada penerima bagi penerbitan filem cereka, 12 telefilem dan tujuh filem kenegaraan.

Tambahnya, FINAS juga membuka permohonan Dana Kenegaraan untuk pembikinan supertele dan drama bersiri, akhir bulan ini.

“Sementara kerja di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) akan dibuka sepanjang tahun ini hingga awal tahun hadapan,” katanya.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menyebut sektor industri kreatif menyumbang kira-kira RM29.4 bilion pada 2019 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pada tahun sama, industri kreatif memberi peluang pekerjaan kepada 859,900 individu di seluruh negara sebelum era pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: