Gaya Hidup

Bayar zakat dalam talian, kaunter Pos Malaysia

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa orang ramai menunaikan zakat secara dalam talian melalui e-zakat pay.

Agensi itu dalam kenyataan ringkas di Facebook berkata bayaran juga boleh dibuat melalui kaunter Pos Malaysia seluruh negeri atau Pos Online.

“Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai. Kemas kini maklumat, semak status bantuan, bayaran dan cetak penyata zakat melalui https://ezo.zakatselangor.com.my,” kata LZS.

Sementara itu, LZS berkata orang ramai juga boleh berurusan melalui Zakat On Wheels yang beroperasi di beberapa lokasi sepanjang Ramadan.

Menurut agensi itu, urusan meliputi permohonan bantuan, semakan status, bayaran dan taksiran zakat serta kemas kini maklumat asnaf.

“Zakat on Wheels beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 10 pagi hingga 3 petang manakala Sabtu dan Ahad pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari,” kata LZS lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: