Bisnes

MyCar dan KTMB jalin kerjasama tawar Kod Promo Eksklusif kepada Pengguna

Kuala Lumpur – Pelanggan e-hailing MyCar yang juga dalam masa sama menggunakan perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB)  bakal menikmati tawaran istimewa bagi perjalanan pergi dan balik, ke atau dari stesen-stesen terpilih.

Tawaran istimewa Kod Promo Ekskusif, KTMBEST bermula hari ini boleh digunakan di semua perkhidmatan KTMB, iaitu KTM Komuter dan KTM Intercity (ETS).

Promosi itu diumumkan dalam satu majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman MoU bersama KTMB di KL Sentral petang tadi.

Ketua Pegawai Operasi MyCar, Mohd Shafiq Affendi berkata, menerusi MoU itu pihaknya menawarkan kod promosi eksklusif, KTMBEST bagi perjalanan pergi dan balik di 53 stesen KTMB termasuk pada musim perayaan yang boleh diakses melalui aplikasi MyCar 3.0.

“Antara tawaran menarik yang disediakan ialah diskaun bermula RM2 kepada semua penumpang di KTMB seluruh Semenanjung Malaysia selain kod tawaran promosi yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.

“Program ini melibatkan 60,000 pemandu e-hailing yang berdaftar dengan MyCar dan mereka tetap akan menerima kadar bayaran tambang seperti biasa kerana potongan harga itu dibayar oleh pihak syarikat kami,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha menjelaskan pihaknya tidak menolak perkhidmatan tren juga memerlukan sokongan mobiliti seperi perkhidmatan e-hailing dalam memudahkan pengguna pergi atau balik dari stesen ke kediaman, pejabat mahu pun lokasi yang dituju.

“KTMB berkerjasama dengan MyCar memandangkan platform ini semakin menjadi pilihan di kalangan pengguna dan dengan promosi seperti ini ianya membantu merancakkan sistem pengangkutan awam di negara kita” jelasnya semasa sidang media.

MoU yang ditandatangani hari ini adalah untuk mengukuhkan persefahaman kedua-dua pihak bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam memberi pengalaman baharu dan keselesaan kepada penumpang, melalui First & Mile Connectivity serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dato’ Dr. Amirudin Abdul Wahab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: